KPM Umum Kemasukan Tahun 1(2027): Adakah Anak Anda Sedia?

Berdasarkan laporan berita terkini dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2026 mengekalkan umur 6 tahun (menjelang 7 tahun) sebagai usia rasmi kemasukan ke Tahun 1. Fakta penting yang ibu bapa perlu tahu ialah KPM kini lebih menekankan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penguasaan literasi serta numerasi awal.

Menurut laporan akhbar [Berita Harian], ramai guru mengakui wujudnya jurang pembelajaran sekiranya anak-anak tidak didedahkan dengan asas 3M sebelum masuk ke sekolah rendah. Ini selari dengan inisiatif KPM untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Oleh itu, persediaan awal di rumah adalah sangat kritikal. Bagi membantu ibu bapa memantau tahap penguasaan anak, kami telah menyediakan [Latihan 3M 5 Set Ujian] yang dirangka khas mengikut standard penilaian sekolah rendah. Modul ini bukan sahaja membantu anak membiasakan diri dengan format ujian, malah memberi gambaran jelas kepada ibu bapa tentang bahagian yang perlu diperbaiki sebelum sesi persekolahan bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Lain Lain Post

    Langkah Pertama Sebelum Simpan Emas

    Simpanan emas ni sangat bagus untuk jangka masa panjang. Tapi sebelum nk start menyimpan, kena faham dulu tentang sifat emas ni. Contohnya, bila kita beli emas 1 Gram pada tarikh…
    Read more
    Copyright © Asyraf Rawi
    Made with ❤️ Asyraf Rawi