Jangan Biar Bayi Anda Pakai Sarung Tangan Terlalu Lama
Dulu masa mula mula dapat anak yang pertama, saya rasa macam nak lindungi anak dari segala benda. Antara “pakaian wajib” yang kita pakaikan ialah sarung tangan (mittens). Niat kita baik, tak nak bagi anak cakar muka sendiri dengan kuku yang tajam. Tapi rupanya, ada kesan yang kita tak perasan sampai ke besar.
Sepupunya kt sebelah dh tak pakai sarung tangan dh.
1. Menghalang Deria Sentuhan
Bayi meneroka dunia melalui tangan. Bila kita pakaikan sarung tangan terlalu lama, kita sebenarnya “menutup” deria sentuhan mereka. Bayi tak dapat rasa tekstur kain, kulit ibubapa atau jari jemari mereka sendiri. Ransangan deria ni sangat penting untuk perkembangan bayi.
Apa kesan Kepada Anak Bila Dah Besar
Apa yang saya perasan, bila anak saya makin membesar, kemahiran jari jemarinya sedikit berbeza dengan ank anak yg lain atau lambat berkembang. Antaranya:
- Koordinasi tangan dan mata: Anak sy ambil masa untuk belajar memegang objek yang kecil.
- Keyakinan Pergerakan: Tangan seperti kekok untuk melakukan aktiviti seni atau kemahiran yang memerlukan ketelitian.
Langkah Pembetulan
- Lego: Saya beli lego untuk latih jari jemarinya
- Puzzle: Selalu main puzzle dengan dia
Pengajaran Untuk Bapa Lain
Perkara yang berlaku tak boleh diubah. Tapi untuk anak anak seterusnya saya hanya pakaikan sarung tangan baby tu untuk seminggu dua sahaja. Selepas tu biar tangannya bebas tanpa memakai sarung tangan. Memang hasilnaya sangat berbeza dengan abangnya. Bersyukur sangat.
Pengalaman ini buat saya sedar yang perlindungan melampau pun tak bagus untuk pembesarannya. Biar mereka jadi lasak dan pro aktif.



Ruang Komen
Pernah alami perkara yang sama? Kongsi cerita awak.
Komen baharu disemak sebelum dipaparkan. Jaga privasi diri dan keluarga ketika berkongsi.
Baca Privacy Policy untuk maklumat penggunaan data komen.