Keluarga

Cerita Hujung Minggu: Tak Perlu Pergi Jauh

Cerita Hujung Minggu: Tak Perlu Pergi Jauh

Ada buaian, gelongsor dan pemandangan air yg luas. Tengok gambar-gambar ni, terfikir… tempat macam ni pun dah cukup utk luangkan masa bersama anak-anak.

Masing-masing ada perkara yg menarik perhatian. Ada ruang utk bermain, ada tempat utk duduk dgn joran sambil menunggu.

Ambil kesempatan sementara bacaan ipu sekarang ni dalam 80, turun seketika sebab hujan semalam. Kalau tidak bacaan ipu antara 150- 180. Sangat tinggi, tak sesuai utk aktiviti luar.

Bila ada anak ramai, nk susun percutian memang kena fikir macam-macam. Tp kalau menunggu semua urusan selesai dan semua jadual lapang, mungkin susah juga nk keluar bersama.

Sesekali, keluar sekejap pun jadilah. Bagi anak-anak bermain dan bagi diri sendiri ruang utk berhenti memikirkan senarai kerja yg belum habis.

Aku pun kena ingatkan diri sendiri: masa bersama keluarga elok diberi tempat dlm jadual, bukan tunggu kalau ada baki masa.

Semoga hujung minggu korang ada ruang utk berehat dan bersama org tersayang.

Kalau bawa anak-anak keluar santai, korang team taman permainan, tepi pantai atau cari makan? 😊

Kongsi artikelWhatsApp ↗Facebook ↗

Ruang Komen

Pernah alami perkara yang sama? Kongsi cerita awak.

Komen baharu disemak sebelum dipaparkan. Jaga privasi diri dan keluarga ketika berkongsi.

Baca Privacy Policy untuk maklumat penggunaan data komen.

Tinggalkan komen

E-mel tidak dipaparkan kepada umum. Ruangan bertanda * wajib diisi.

← Kembali ke Keluarga