RM0.00 0

Basket

No products in the basket.

Siapa Sangka, Dh 10 Tahun Rupanya

Pejam celik, 10 tahun dh berlalu rupanya. Masih ingat lagi mula mula jejak kaki di Kolej Tesdec Tahun 2008 dulu. Masa ni first time bergelar pensyarah dalam bidang automotif.

Saya antara orang pertama yang membangunkan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif di kolej ni. Masa tu program diploma ni menjalin kerjasama dengan Unikl MFI.

Masa tu saya ditugaskan sebagai panel bahagian amali untuk sesi temuduga juruteknik automotif yang baru. Kat sini la pertama kali saya kenal dengan sahabat saya ni Ahmad Zawawi. Haha, kenangan betul la bila saya ingat kembali sesi tu.

Saya gelarkan dia sebagai Awie.

Hari ni, lebih 10 tahun tak jumpa, akhirnya dapat duduk sembang semula. Syukur la dapat juga luangkan masa singgah zaiarah hari raya.

Kebetulan pulak sy nk balik kampung dari rumah mertua di Kuantan ke Kota Bharu. Saya luangkan sedikit masa untuk singgah walaupun jalan jem.

Banyak benda dh berubah. Masing masing dah ada jalan kehidupan sendiri, dah lalui macam macam cabaran dalam kerjaya dan peribadi.

Awie ni kalu ajak karok, takde dh lagu lain.. Cinta itu Ketawa & Airmata

Maklum la lagu ketika bujang.

Gelak tawa tetap sama, cuma topik sembang je rasa macam semakin matang kita berdua ni.

Lupa la nk tangkap gambar semasa tengah makan tengah hari. Sedap betul orang umh demo masok wie.

Walaupun 10 tahun tak jumpa, masih lagi terkenang zaman mula mula bekerja dulu, zaman healing ke Cameron Highland dengan geng geng bujang tu tetap segar dalam ingatan.

Semoga Allah permurahkan rezeki sahabat saya ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Lain Lain Post

    Siapa Sangka, Dh 10 Tahun Rupanya

    Pejam celik, 10 tahun dh berlalu rupanya. Masih ingat lagi mula mula jejak kaki di Kolej Tesdec Tahun 2008 dulu. Masa ni first time bergelar pensyarah dalam bidang automotif. Saya…
    Read more
    Copyright © Asyraf Rawi
    Made with ❤️ Asyraf Rawi