Tahun 2025 saya berazam untuk lebih serius menguruskan kewangan peribadi. Saya sedar, tanpa strategi yang jelas, impian kewangan hanya akan tinggal angan-angan. Jadi, tahun ini saya susun perancangan yang lebih teratur dan realistik mengikut kemampuan semasa.
Langkah pertama ialah membina dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan komitmen bulanan.
Sekarang, saya mampu menyimpan sekitar RM750 sebulan.
Dengan kadar ini, saya anggarkan akan ambil masa beberapa bulan untuk capai sasaran penuh.
Kenapa penting ada simpanan kecemasan?
Di samping menyimpan tunai, saya juga akan konsisten membeli 1 gram emas setiap bulan dengan anggaran kos sekitar RM500 segram.
Ini strategi jangka panjang untuk:
Emas adalah pelaburan ‘slow and steady’ yang saya percaya sangat sesuai dengan strategi kewangan saya.
** Untuk perancangan no 1 dan 2, saya perlu lakukan secara serentak, sebab untuk siapkan simpanan 3 bulan gaji akan mengambil masa yang agak lama, jadi ia perlu dilakukan serentak simpan dan beli emas fizikal.
** Ada banyak tempat saya beli emas ni antaranya: kedai emas (saya beli emas gold bar atai dinar pre luv, Public Gold dan KABGold. Yang penting beli emas dapat emas, jual emas dapat duit.
Selepas lengkap dana kecemasan, fokus saya akan beralih kepada membayar principle rumah.
Bayaran bulanan rumah saya ialah RM1573.
Untuk buat bayaran terus kepada principle (bukan sekadar bayaran bulanan biasa), bank memerlukan minimum bayaran bersamaan 3 bulan, iaitu sekitar RM4800.
Strategi saya:
Ini akan mempercepatkan pemilikan penuh ke atas rumah saya, insyaAllah.
Untuk mempercepatkan semua perancangan di atas, saya juga mahu cari pendapatan tambahan atau pendapatan pasif.
Antara opsyen yang saya sedang pertimbangkan:
Saya percaya dengan menambah sumber pendapatan, target kewangan saya akan tercapai lebih cepat dan lebih stabil.
Apa pendapatan sampingan saya sekarang:
Tahun ini, saya bukan saja fokus menyimpan dan melabur, tetapi juga memperkukuhkan kestabilan kewangan jangka panjang.
Sedikit demi sedikit, insyaAllah, akan menjadi bukit.
Doakan perjalanan ini dipermudahkan dan semoga anda yang membaca pun turut sama termotivasi untuk rancang kewangan sendiri! 🌟
#StriveForFinancialFreedom2025