Duit & Bisnes

Kos Penggunaan Toyota Vellfire Sepanjang Tahun 2025

Kos Penggunaan Toyota Vellfire Sepanjang Tahun 2025

Kos Sepanjang Tahun

Penulisan kali ni saya nk buat kira kira berapa kos sepanjang tahun 2025 penggunaan kereta Toyota Vellfire ni. Kos kos yang terlibat adalah melibatkan:

  1. Kos Repair
  2. Kos Penyelenggaraan

Kos petrol dan kos tol saya tak masukkan sekali dalam pengiraan ni, sebab kos tersebut adalah kos yang wajib saya keluarkan tak kira la kereta sendiri atau kereta sewa.

Dengan adanya catatan berkenaan kos ini, saya boleh buat rujukan pada masa akan datang dan boleh buat kata putus, adakah berbaloi saya memiliki kereta ini.

Radiator & Motor Radiator

Tarikh: 1 Feb 2025

PerkaraHarga
Motor 2 UnitRM 680
RadiatorRM 650
Coolant 2 BotolRM 70
UpahRM 180
JumlahRM 1550

Kejadian ni terjadi semasa sy travel pusing semenanjung Malaysia. Alhamdullilah kereta tak rosak yg teruk. Saya dh detect motor radiator ni tak berfungsi. Jangka hayat kedua dua motor ni biasanya lebih kurang. Kalau kereta kita jarang jarang untuk jalan jauh, boleh je tukar yang rosak je dulu. Tapi kereta sy ni kerap jalan jauh, jadi untuk kurangkan risiko, terus tukar dua unit motor.

Keadaan motor radiator yang rosak.

Tukar Tayar Baru

Semasa saya beli kereta ni, tayar masih belum ditukar. Dh mintak dh dengan Used Car, tapi dia bg yg terpakai sahaja. So, saya pakai jelah dulu buat sementara waktu.

4 Biji Tayar ContinentalRM 2200.00
Keadaan Tayar semasa nk tukar

Kongsi artikelWhatsApp ↗Facebook ↗

Ruang Komen

Pernah alami perkara yang sama? Kongsi cerita awak.

Komen baharu disemak sebelum dipaparkan. Jaga privasi diri dan keluarga ketika berkongsi.

Baca Privacy Policy untuk maklumat penggunaan data komen.

Tinggalkan komen

E-mel tidak dipaparkan kepada umum. Ruangan bertanda * wajib diisi.

← Kembali ke Duit & Bisnes