Catatan Hidup

Design Website Guna AI: Orang Kata 20 Minit, Aku Ambil 5 Hari

Design Website Guna AI: Orang Kata 20 Minit, Aku Ambil 5 Hari
Design sebelum ni sebelum abe raf update

Aku memang dari dulu minat buat website sendiri. Entah kenapa, seronok bila ada satu ruang yang boleh aku susun ikut cara aku.

Kadang-kadang terfikir juga, “Aku ni buang duit ke?”

Bayar itu, cuba ini, kemudian ubah lagi. Tp sebab minat, aku teruskan juga.

Pernah Cuba, Tp Tak Menjadi

Sebelum ni aku pernah belajar buat website secara online. Faham basic tu ada, tp bila nak ubah design mengikut apa yang aku bayangkan, mula rasa susah. Website ni bukan bidang aku.

Kemudian aku terdengar orang cerita tentang buat website guna AI atau ChatGPT. Tak silap tahun lepas, aku cuba hasilkan mockup guna AI.

Hasilnya tak menjadi macam yang aku harapkan.

Website lama aku pun sebenarnya boleh digunakan. Cuma aku sendiri tak puas hati dgn design dia. Setiap kali buka, rasa macam ada bahagian yang masih perlu diperbaiki.

Mula Dgn Mockup Dulu

Sampailah aku join satu kursus tentang Canva AI. Dalam kursus tu, ada diselitkan perkongsian tentang design website menggunakan ChatGPT Apps.

Dari situ, aku cuba ikut proses yang lebih tersusun.

Mula-mula, aku tunjuk gambar website lama. Kemudian aku minta cadangan mockup baru berdasarkan konsep yang aku nak.

Bila design tu dah nampak sesuai, aku perbaiki satu demi satu. Daripada homepage, halaman kategori dan artikel, sampailah paparan mobile.

Selepas mockup dipersetujui, barulah aku sediakan prompt dan minta ChatGPT bina berdasarkan rujukan tersebut.

Rupanya, banyak juga keputusan yang aku kena buat sepanjang proses ni. Susunan kandungan, tajuk, warna, gambar dan apa yang patut muncul bila orang klik.

Lima Hari Baru Siap

Ada orang kata 10 minit boleh siap. Ada yang kata 20 minit.

Website personal aku ni ambil 5 hari. 😂

Entah berapa kali aku topup kredit. Kebetulan aku sedang menggunakan trial ChatGPT Plus, jadi aku manfaatkan betul-betul sepanjang proses tu.

Bukan sekali bagi arahan terus dapat hasil yang aku nak. Ada bahagian kena ubah, ada yang kena semak semula, dan ada design yang nampak elok pada desktop tp perlu dikemaskan untuk mobile.

Tp akhirnya, siap juga versi yang aku puas hati.

Apa yang Aku Belajar

AI membantu aku buat perkara yang sebelum ni terasa susah. Tp aku tetap kena tahu apa yang aku nak dan semak apa yang dihasilkan.

Bagi aku, mockup tu sangat membantu. Bila ada gambaran yang jelas, lebih mudah untuk terangkan perubahan yang aku perlukan.

Aku juga belajar supaya tak terlalu membandingkan masa aku dgn orang lain. Orang lain mungkin siap dalam 20 minit. Aku perlukan 5 hari, dan itu pengalaman aku.

Kalau korang sedang baca catatan ni di asyrafrawi.com, inilah hasil usaha tu.

Masih ada ruang untuk diperbaiki, tp kali ni aku lebih seronok nak menulis dan berkongsi di sini.

Kongsi artikelWhatsApp ↗Facebook ↗

Ruang Komen

Pernah alami perkara yang sama? Kongsi cerita awak.

Komen baharu disemak sebelum dipaparkan. Jaga privasi diri dan keluarga ketika berkongsi.

Baca Privacy Policy untuk maklumat penggunaan data komen.

Tinggalkan komen

E-mel tidak dipaparkan kepada umum. Ruangan bertanda * wajib diisi.

← Kembali ke Catatan Hidup