Simpanan emas ni sangat bagus untuk jangka masa panjang. Tapi sebelum nk start menyimpan, kena faham dulu tentang sifat emas ni.
Contohnya, bila kita beli emas 1 Gram pada tarikh 8 Ogos, harganya adalah RM623. Bila tiba tiba berlaku kecemasan, kita nk menjual keesokkan harinya, nilai emas akan jatuh kepada RM568.
Maka kita akan kerugian RM50.

Sebab itu pakar kewangan menyarankan, sebelum kita nk menyimpan emas, kita wajib mempunyai Simpanan Kecemasan sekurang kurang nya 3 bulan – 6 bulan gaji.
Gaji RM7000/ sebulan
3 Bulan Gaji = RM21,000
6 Bulan Gaji = RM42,000
Bila kita dh mempunyai simpanan kecemasan, baru lah selamat untuk kita membina aset supaya ia tidak tergangu untuk jangka masa yang panjang.
Tempat yang paling baik untuk kita simpan duit tabung kecemasan ni adalah tempat yang menawarkan pelaburan yang berisiko rendah.
Contohnya: Tabung Haji dan ASB
Disini duit modal kita selamat, dan kita akan diberikan dividen setiap tahun.
Sebabnya senang untuk kita gunakan jika kecemasan berlaku. Contohnya tiba tiba kereta rosak yang memerlukan kos membaiki RM2000. Rugi la jika kita jual emas. Sebab tujuan kita simpan emas untuk kita capai matlamat jangka masa panjang kita.
Jika tuan/puan mempunyai pendapat atau komen, boleh kongsikan di ruangan komen.
Terima kasih